Thursday, June 17, 2010
Tuesday, June 8, 2010
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membentuk satu rangka kerja bagi campurtangan secara teratur untuk menggalakkan dasar kebangsaan terhadap industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah akta ini termasuklah penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet.
Peserta utama dalam industri yang akan dikawal di bawah akta ini adalah seperti berikut:
- pemberi kemudahan rangkaian,
- pemberi perkhidmatan rangkaian
- pemberi perkhidmatan aplikasi
- pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan.
Bahagian VII Akta (seksyen 187 hingga seksyen 204) memperuntukan Perlindungan Pengguna. Jadi, dakwaan yang secara umumnya dilabelkan bercanggah dengan Akta Tandatangan Digital 1997 iaitu ia tidak mengambil perhatian terhadap kecenderungan pengguna, tidak dapat disandarkan akta ini.
Bahagian IX Akta (seksyen 205 hingga seksyen 213) memperuntukkan Pengawalseliaan Sosial. Seksyen 211 bahagian ini menegaskan bahawa pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang. Perlanggaran seksyen ini akan didenda tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Dalam usaha mengekang penyebar khabar angin, satu peruntukan yang dapat digunakan secara jitu untuk menangkap penjual khabar angin yang menyebarkan khabar angin palsu menerusi internet didapati dalam seksyen 233 Akta Telekomunikasi dan Muktimedia 1998. Seksyen 233 adalah seperti berikut :
233. (1) Seseorang yang -
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau
perkhidmatan aplikasi secara sedar -
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau
(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,
adalah melakukan suatu kesalahan.
(2) Seseorang yang secara sedar -
(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan
apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau
(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang
itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a), adalah melakukan suatu kesalahan.
(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM 1,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Monday, June 7, 2010
Kami...The Euphoria~
Assalamualaikum pembuka bicara,
Dari The Euphoria yang happy dan ceria,
Terlebih dahulu maaf dipinta,
Andai kami terlebih kata.

Sangat comel berkaca mata,
Orangnya manis tapi berbisa,
Otaknya geliga pandai berkata-kata,
Siti Munira tertera namanya.

Cukup pendiam manis sekali,
Orangnya cantik putih berseri,
Senyumannya sentiasa menyentuh hati,
Junainah Abdullah nama diberi.

Suka tersenyum menjadi hobinya,
Sangat ceria berhati mulia,
Digelar adik yang paling muda,
Norhamizah Hashim sedap namanya.
Hingga di sini saya berseloka,
Maaf dipinta andai tersalah kata,
Bukan mengeji atau mengata,
Sekadar tatapan kenangan bersama.
SOAL SELIDIK
Ini adalah contoh soal selidik yang kami lakukan. Soal selidik ini dijalan secara atas talian di mana mereka yang mengambil soal selidik ini datang dari seluruh Malaysia. Jadi soal selidik ini tidak tertakluk kepada pelajar UKM sahaja. Untuk menjawab soal selidik ini anda boleh klik link di bawah. Segala kerjasama anda kami dahului dengan ucapan Terima Kasih.
Klik di sini untuk mengambil soal selidik ini.
Arahan : Sila bulatkan yang berkenaan sahaja.
1. Jantina
a- Lelaki
b- Perempuan
2. Umur
a- 7 –13 tahun
b- 14-17 tahun
c- 18-21 tahun
d- 22 tahun ke atas
3. Adakah anda gemar bermain permainan atas talian “online game”?
a- Ya
b- Tidak
4. Permainan atas talian membawa _________ bagi anda?
a- Kebaikan
b- Keburukan
Arahan : Sila bulatkan jawapan yang dirasakan paling utama bagi anda.
5. Apakah kebaikan bermain permainan atas talian bagi anda?
a- Menghilangkan tekanan atau kebosanan
b- Merangsang minda
c- Meluaskan jaringan sosial
6. Apakah keburukan permainan atas talian bagi anda?
a- Membazirkan masa / wang
b- Boleh menimbulkan masalah kesihatan
c- Tidak berinteraksi dengan masyarakat sekeliling
7. Bagaimanakah anda mengetahui tentang permainan atas talian?
a- Ahli keluarga
b- Rakan sebaya
c- Iklan atas talian dan di dalam media massa
8. Sekiranya anda bermain permainan atas talian di kafe siber, berapa banyak wang yang anda peruntukkan?
a- RM5 ke bawah
b- RM6 hingga RM 15
c- RM16 ke atas
9. Berapakah masa yang biasa anda peruntukkan untuk bermain permainan atas talian?
a- 2 jam ke bawah
b- 3-5 jam sahaja
c- 6 jam ke atas
10. Pada pendapat anda, adakah permainan komputer atas talian boleh dijadikan sebagai salah satu saluran pendidikan?
a- Ya
b- Tidak
11. Pada pendapat anda, adakah permainan komputer atas talian ________________ masalah sosial?
a- Meningkatkan
b- Mengurangkan
Live Like Were Dying

We're hiding behind skin that's too tough
How come we don't say I love you enough
Till it's to late, it's not too late
Our hearts are hungry for a food that won't come
And we could make a feast from these crumbs
And we're all staring down the barrel of a gun
So if your life flashed before you,
What would you wish you would've done
Yeah, we gotta start
Looking at the hands of the time we've been given
If this is all we got and we gotta start thinking
If every second counts on a clock that's ticking
Gotta live like we're dying
We only got 86,400 seconds in a day to
Turn it all around or to throw it all away
We gotta tell them that we love them
While we got the chance to say
Gotta live like we're dying
And if your plane fell out of the skies
Who would you call with your last goodbye
Should be so careful who we live out our lives
So when we long for absolution,
There'll no one on the line, yeah
Yeah, we gotta start
Looking at the hands of the time we've been given
If this is all we got and we gotta start thinking
If every second counts on a clock that's ticking
Gotta live like we're dying
We only got 86,400 seconds in a day to
Turn it all around or to throw it all away
We gotta tell them that we love them
While we got the chance to say
Gotta live like we're dying
Like we're dying, oh, like we're dying..
We only got 86,400 seconds in a day to
Turn it all around or to throw it all away
We gotta tell them that we love themWhile we got the chance to say
Gotta live like we're dying
You never know a good thing till it's gone
You never see a crash till it's head on
Why do we think we're right when we're dead wrong
You never know a good thing till it's gone
Yeah, we gotta start
Looking at the hands of the time we've been given
If this is all we got and we gotta start thinkingIf every second counts on a clock that's ticking
Gotta live like we're dying
We only got 86,400 seconds in a day to
Turn it all around or to throw it all away
We gotta tell them that we love them
While we got the chance to say
Gotta live like we're dying
Like we're dying, oh, like we're dying..
We only got 86,400 seconds in a day to
Turn it all around or to throw it all away
We gotta tell them that we love them
While we got the chance to say
Gotta live like we're dying..
Tajuk: Live Like Were Dying
RANGKA KERTAS CADANGAN
1. Pengenalan
- Definisi.
- Kertas cadangan ini akan membincangkan tentang kebaikan dan keburukan permainan atas talian.
2. Tujuan Kajian
- Mengkaji faktor dan kesan permainan atas talian kepada para remaja dan dewasa.
3. Persoalan Kajian
- Golongan manakah yang lebih terdedah dengan permainan atas talian.
- Mengenal pasti faktor-faktor remaja cenderung bermain permainan atas talian
- Cara untuk mencegah para remaja daripada terlalu taksub dengan permainan atas talian
4. Skop Kajian
- Permainan atas talian
- Golongan remaja dan dewasa
5. Kaedah Metodologi
- Cadangan / ‘literature review’
- Soal selidik
- Ulasan kepustakaan
6. Jangkaan hasil
6.1 Golongan mana yang lebih terdedah
6.2 Faktor tarikan permainan atas talian
6.3 Kesan kebaikan atau keburukan permainan atas talian
7. Kesimpulan kajian
8. Penutup kertas kerja
9. Rujukan
10. Lampiran
10.1 Soal selidik
Euphoria

Kami memilih nama kumpulan kami sebgai euphoria kerana euphoria melambangkan perasaan kegembiraan dan kesenangan di mana kami sangat gembira dapat mengambil kursus ini dan juga dapat menjadi sebuah kumpulan. Kami ingin menjadikan kumpulan ini sebuah kumpulan yang melakukan apa jua tugasan yang diberikan dengan hati yang gembira walaupun hanya untuk seketika. Kami juga ingin melalui semester tiga ini dengan gembira dan walau apa jua yang berlaku kami tetap boleh bergembira. Melalui pilihan nama kumpulan kami iaitu euphoria kami berharap kami akan sentisa gembira dalam melalui suka duka dalam melengkapkan tugasan bagi subjek ini iaitu kursus Kemahiran Menulis Semester 3 Tahun 2009/2010.



